a

TAKUTKAN ALLAH? KENAPA KAMU SEMAKIN MENJAUHKAN DIRI DARI-NYA

FEAR bermakna TAKUT atau Khauf (خوف) dalam bahasa Arab.

TAKUT mempunyai bermacam pengertian seperti jika kita takutkan binatang buas seperti harimau, maka kita akan lari darinya.



Jika seseorang yang mempunyai penyakit, contohnya penyakit kencing manis. Dia akan takut untuk mengambil gula dengan kadar yang berlebihan. Maka dia akan mengambil dengan sukatan yang sedikit.

Kebanyakan manusia yang takut kehilangan harta benda, mereka akan kunci dan jaga sungguh-sungguh harta menda mereka dan mereka akan melarikan diri jika lihat pencuri demi untuk melihat harta benda mereka selamat.

Berbagai-bagai difini TAKUT dalam banyak keadaan menggambarkan lagi kita takut, kita akan berusaha menjahuinya.

Namun berbeza dengan takutkan Allah, lagi kita takutkan Allah, lagi kita menghampirkan diri kepada-NYA. Lagi kuat perasaan takut kita kepada Allah lagi kita akan mendekatkan diri kepada-NYA.

Dalam surah Al-Baqarah Ayat ke 2 ;


yang bermaksud ;

"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; menjadi petunjuk bagi oranng-orang yang takutkan Allah (bertaqwa)."

Dari ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa seseorang hamba yang takutkan ROBBnya yakni Allah S.W.T hendaklah menjadikan Al-Quran itu sebagai petunjuk untuk membimbing kehidupan agar kehidupan seseorang manusia yang beriman itu akan sentiasa dapat mendekatkan dirinya kepada segala perintah dan larangan Allah.

Jelasnya untuk menjadi orang yang bertakwa adalah menyiapkan diri dengan ilmu dan amal sebagai hamba yang takut melakukan perkara yang dilarang Allah dan meninggalkan segala larangan-NYA.

Oleh itu marilah kita membentuk diri kita menjadi orang beriman dan bertaqwa yang takutkan Allah dengan melaksanakan segala perintah-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA. Menjadi hamba yang sentiasa takut dan menangis dalam setiap munajat untuk memohon ampun dan taubat akan dosa-dosa yang telah kita lakukan

Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah saw. bersabda:

«لاَ يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللهِ حَتَّى يَعُودَ اللَّبَنُ فِي الضَّرْعِ وَلاَ يَجْتَمِعُ غُبَارٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدُخَانُ جَهَنَّمَ»

Tidak akan masuk Neraka seseorang yang menangis karena takut kepada Allah hingga air susu kembali lagi ke payudara. Dan tidak akan berkumpul debu perang fisabilillah dengan asap Neraka Jahannam. (HR. Tirmidzi, ia berkata hadits ini hasan shahih)

Marilah menjadi orang yang Khauf (خوف) yakni takutkan Allah semuga kita semakin menjadi hamba yang dapat mendekatkan diri kepadanya dengan kesimpulan seperti berikut ;

1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah – Ayat 40 )

3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.

4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.

5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.

6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.

Rujukan : Tasauf di Dalam Islam – Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim.

( Bekas Mufti Negeri Melaka )


Yang benar itu dari Allah, yang salah silap itu dari kelemahan diri saya yang lemah... omar aku oku


-

http://oaa-microsystem06.blogspot.com/p/tawan-iklan-di-blog-atau-you-tube.html




loading...

0 Response to "TAKUTKAN ALLAH? KENAPA KAMU SEMAKIN MENJAUHKAN DIRI DARI-NYA"

Post a Comment