a

Kisah Ulat Merah Berdialog Dengan Nabi Daud Alayhi Salam

Kisah Ulat Merah Berdialog Dengan Nabi Daud Alayhi Salam | Sebagai seorang manusia, kita juga tidak terlepas dari mempunyai sikap suka memandang rendah terhadap orang lain. Namun sikap itu sebenarnya boleh dibendung. Kisah pada kali ini adalah tentang Nabi Daud Alayhi Salam yang bertanya kepada ulat merah tentang apakah yang dilakukannya setiap hari.

Dengan izin Allah, ulat itu mampu berkata-kata. Namun setelah mendengar kata-kata ulat tersebut, Nabi Daud Alayhi Salam terus bertaubat kepada Allah SWT. Kengapa ya?

Gambar Hiasan

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud Alayhi Salam sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud Alayhi Salam berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud Alayhi Salam selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.

Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud Alayhi Salam “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali."

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud Alayhi Salam “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud Alayhi Salam pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi Alayhi Salam apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai tauladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di muka bumi yang sama-sama kita tumpang ini.

P/S: Allahuakhbar. Walaupun sekecil kejadian. Ulat merah tetap mengingati Allah dan Rasulnya. SubhanaAllah.

-via
loading...

0 Response to "Kisah Ulat Merah Berdialog Dengan Nabi Daud Alayhi Salam"

Post a Comment