a

PELBAGAI KHASIAT KANGKUNG YANG PATUT KITA KETAHUI

1. MELEGAKAN SEMBELIT
Kangkung membantu melawaskan pembuangan air besar dan menghindarkan anda dari mendapat sembelit.

2. MENGATASI INSOMNIA
Kangkung juga membantu mengatasi masalah sukar tidur atau insomnia. Ini kerana kangkung mengandungi kuasa sedatif iaitu sebagai agen penenang semulajadi.
3. MENGATASI LEMAH BADAN & KEPUTIHAN
Kangkung membantu mengatasi lemah badan dan keputihan. Ia juga membantu meredakan bengkak, terseliuh, bisul dan jangkitan pada kulit.

4. MELANCARKAN HAID
Kangkung membantu melancarkan haid dan merawat hidung berdarah. Pada masa yang sama, mineral yang terkandung dalam kangkung membantu mengurangkan haid berlebihan.

5. MELAWASKAN KENCING 
Bagi anda yang selalu menghadapi masalah kencing kurang lawas, amalkan meminum air rebusan akar kangkung kerana ia mempunyai kuasa diuretik iaitu membantu melancarkan dan melawas kencing.

6. MELEGAKAN SAKIT KEPALA
Kangkung membantu meredakan sakit kepala dan sakit gigi. Air ramasan daun kangkung pula membantu mengatasi masalah kelemumur serta melembutkan rambut.




-
loading...

0 Response to "PELBAGAI KHASIAT KANGKUNG YANG PATUT KITA KETAHUI"

Post a Comment