a

CARA-CARA SAMAK TERKENA NAJIS ANJING DAN KHINZIR


Mengikut pendapat Mazhab Syafie wajib dibasuh tempat yang terkena najis Mughallazah sebanyak tujuh kali iaitu satu kali dengan menggunakan tanah (air tanah) dan 6 kali lagi dengan air mutlak (air suci pada dirinya dan dapat menyucikan orang lain). Jika di dapati najis itu tetap ada ain (nampak), bau dan rasanya maka ia perlu dibasuh lagi dengan air mutlak sehingga hilang najis tersebut;

Huraian ;

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda; 
“Apabila bekas kamu dijilat oleh anjing, hendaklah kamu membasuhnya tujuh kali; kali pertama dengan tanah” (Riwayat Imam Muslim). 

Caranya ialah;
Pertama ; Buang najis terlebih dahulu
Kedua ; Basuh tempat yang terkena najis anjing itu dengan air yang bercampur tanah (sekali sahaja).
Ketiga ; Bilas dengan air biasa yang suci sebanyak enam kali.


Oleh kerana cara membasuh najis anjing di atas lebih berat berbanding cara membasuh najis-najis yang lain, maka kerana itu najis anjing dinamakan ulamak dengan najis mughallazah (najis berat)

Kenapa Islam suruh umatnya samak apabila tersentuh khinzir yang basah atau kering? 

Ada satu penelitian ilmiah yang diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Mereka berpendapat :
khinzir banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara khinzir, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60'C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada khinzir, maka dalam tubuh khinzir, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh beratus ribu orang (diberi nama Flu Hong Kong)."

Kesimpulannya


Islam adalah agama yang memberikan keselamatan kepada umatnya dalam semua amalan ibadah. Setiap perkara yang diwajibkan atau diperintahkan Allah ada tujuan dan maslahahnya. Samak adalah merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan kuman-kuman (virus-virus) yang terdapat daripada anjing dan khinzir yang sudah terbukti dapat membahayakan manusia. Wajib disamak kepada pakaian, kenderaan atau tubuh yang terkena najis anjing dan khinzir. Begitu juga dengan orang yang tersentuh barang yang diperbuat daripada kulit khinzir dan wajib disamak dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam.

Permasalahan ;

Samak menggunakan Sabun Taharah yang terjual di pasaran ?

Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat bahawa tidak wajib atau tidak sah menggunakan Sabun Taharah untuk menyamak najis anjing dan khinzir kerana kandungan tanah di dalamnya adalah sedikit iaitu 5% sahaja. Begitu juga dengan Mufti Negeri Selangor yang berpendapat bahawa tidak sah menggunakan Sabun Taharah semasa samak najis anjing dan khinzir, kerana samak mestilah dengan menggunakan tanah yang asli.


Kesimpulan dari kedua pendapat di atas ialah tidak sah samak dengan menggunakan barang alternatif lain selain dari tanah, kecuali apabila dalam keadaan darurat sahaja seperti contoh : apabila mengunakan tanah boleh merosakkan barang yang terkena najis anjing dan khinzir atau boleh mendatangkan kemudharatan kepada orang yang terkena najis anjing dan khinzir. Maka dari itu dibolehkan menggunakan barang alternatif lain untuk menyamak najis Mughallazah (anjing dan khinzir).

FATWA : Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat. Muzakarah telah memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.

Keterangan/Hujah: 

i. Masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafi’i dalam kebanyakan urusan peribadatannya. Oleh itu amalan samak sebanyak tujuh kali yang salah satu daripadanya menggunakan tanah telah diterimapakai secara umum oleh masyarakat, sama ada untuk menyucikan najis mughallazah yang terkena pada badan, pakaian, rumah dan sebagainya.

Hadis Nabi S.A.W. :

طهوراناء أحدكم اذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مرات أولاهن بالتراب  - رواه مسلم 

“Bersihkanlah bekas makanan kamu yang dijilat anjing dengan tujuh kali basuhan dan yang pertama daripadanya dengan tanah ”

ii. Berdasarkan zahir hadis hukum menyamak dengan tanah pada tempat yang terkena najis mughallazah, Nabi Muhammad S.A.W. tidak memperincikan bentuk dan keadaan tanah yang boleh digunakan untuk menyucikan najis mughallazah. Ini seolah-olah menunjukkan semua jenis tanah yang ada di atas muka bumi ini boleh digunakan untuk menyamak. Imam Al-Sharbini menyebutkan semua jenis tanah sekalipun debu pasir (Mughni al-Muhtaj, Juzu’ 1, Hlm 137). Tanah yang dicampur dengan benda asing tidaklah menjadi halangan asalkan ia tidak mengubah keaslian tanah dan suci.

iii. Dalam kehidupan yang moden pada hari ini, penemuan-penemuan baru yang masih berteraskan prinsip Islam seperti penciptaan sabun samak wajar dihargai kerana tujuannya untuk memberi kemudahan kepada umat Islam di mana saja berada.

iv. Dari aspek tanah yang digunakan, Rasulullah S.A.W. tidak pernah menyatakan lapisan tanah yang ke berapa perlu digunakan kerana pada asasnya tanah atau pasir adalah suci.

v. Bagi umat Islam yang tinggal di luar Negara dan mudah terdedah dengan najis-najis mughallazah, penggunaan sabun ini adalah satu alternatif kepada penggunaan tanah yang kadang-kadang sukar diperolehi.

vi. Walaupun sabun ini dibenarkan untuk tujuan samak bagi menggantikan tanah, tetapi kaedah pelaksanaan samak tersebut masih terikat dengan hukum syarak.


vii. Penggunaan sabun tersebut dibenarkan dengan syarat pada urufnya kandungan tanah melebihi daripada bahan-bahan yang lain.



-

~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~  

-

13 Responses to "CARA-CARA SAMAK TERKENA NAJIS ANJING DAN KHINZIR"

  1. Yang saya perasan dari entry ni, samak bila terkena jilatan anjing. Kalau terkena percikan air sewaktu ia keringkan badan perlu samak juga ke

    ReplyDelete
  2. Jika mereka tidak tahu untuk samak barang yg ada terkena najis/air liur (anjing) mughalazah ini, dan mereka membasuh brg tersebut seperti biasa dan bercampur dgn pakaian lain. Bagaimana penyelesaian nya?

    ReplyDelete
  3. Saya dah samak tangan dan kaki saya selepas itu saya menyamak kasut.seat motosikal jadi perlukah saya menyamak semula kaki dan tangan saya dan bolehkah saya lebihkan bilangan bilasan sebabnya saya terlupa kiraannya

    ReplyDelete
  4. Terima KASEH..ilmu yg bermanfaat..

    ReplyDelete
  5. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam/peluntur seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.
    Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya.
    Ketahui perbezaannya

    ReplyDelete
  6. Lepas basuh ngan air tanah 1×,kalau sya terlebih siram air mutlak 7× xpe ke? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Iye azizi,yg penting dah basuh ngn air tanah tu dulu, Wallahualam.

      Delete
  7. kenal pasti maksud samak sebelum mengeluarkan artikel

    ReplyDelete
  8. ssalamualaikum semua...maaf saya keliru..tumpang tanya ye..klau terkena sepihan air lori yg membawa kinzir yg kena pada kita dengan moto kedua2 perlu samak ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon perjelasan daripada saudara saudari yg lebih arif

      Delete