a

Tips - Kelebihan Tidur Pada Waktu Malam

Tips - Kelebihan Tidur Pada Waktu Malam | Sama-sama kita hayati tips ini dan amalkan nya. Di samping itu, jangan lupa berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Jika ada pertanyaan, pada waktu bilakah yang paling baik untuk tidur? Tentu saja jawapannya adalah pada waktu malam.

Kenapa ek? Kerana banyak aktiviti yang dilakukan tubuh hanya pad malam hari, dimana aktiviti ini memerlukan keadaan tubuh yang betul-betul berehat.

Gambar Hiasan

1. Aktiviti hormon

Pada wak tu malam, tubuh akan memproduksi hormon yang bernama melatonin. Hormon ini hanya dihasilkan pada waktu malam dan sangat bermanfaat bagi kesihatan kita. Melatonin bertugas membina sistem pertahanan tubuh terhadap penyakit sekaligus menghalang pertumbuhan sel yang merugikan, termasuk sel tumor dan kanser.

2. Hilangnya panas tubuh

Tubuh juga akan mengurangkan penghasilan adrenalin pada waktu malam yang mengakibatkan suhu juga menurun. Itulah sebab kenapa sangat disarankan kita berehat (tidur) pada malam hari. Hal ini juga menjelaskan bahawa kita berpeluh pada waktu malam iatu sebagai upaya tubuh untuk mengseimbangkan suhu badan.

3. Pencernaan dan kegemukan

Berjaga malam boleh mempengaruhi penghasilan hormon leptin dan ghrelin. Leptin adalah hormon yang membuat kita merasa kenyang dan ghrelin sebaliknya, membuat kita merasa lapar. Pada malam hari tubuh akan menghasilkan lebih banyak ghrelin dan mengurangi leptin. Sehingga kebanyakan orang yang masih terjaga pada malam hari lebih mudah merasa lapar, sehingga boleh menyebabkan kegemukan. Selain itu pada malam hari enzim dan asam lambung yang bertugas mengubah makanan menjadi tenaga sedang dalam keadaan tidak aktif. Sehingga kalori dikumpulkan didalam tubuh dan tidak berubah menjadi tenaga.

4. Pembuangan racun

Pada waktu malam, dipercayai sebagai waktu yang baik bagi tubuh untuk memproses detoksifikasi atau pembuangan racun. Pembuangan racun ini akan dilakukan sepanjang malam. Dimulakan dengan pembuangan racun kelenjar getah bening, hati, hempedu, paru-paru dan yang terakhir usus besar, yang menyebabkan kita harus buang air besar di pagi hari.

Itulah beberapa sebab yang mengharuskan kita tidur pada waktu malam sehingga boleh beraktiviti dengan maksima pada waktu siang.

-via
loading...

0 Response to "Tips - Kelebihan Tidur Pada Waktu Malam"

Post a Comment