Tapi kami senaraikan 10 Benda Pelik Yang Dicampak Ke Dalam Padang Bola Sepak.
Inilah beberapa benda yang pernah ‘menghiasi’ padang bola sepak sepanjang catatan sejarah:
1. Kepala Babi
“Eeeee.”, mungkin adalah kata pertama yang keluar jika anda menyaksikan peristiwa ini. Ya, satu kepala babi dicampakkan ke dalam padang oleh penyokong Barcelona sebagai bentuk kekesalan terhadap Luis Figo yang berpindah kelab.
Memang beralih kelab adalah hal yang biasa terjadi tetapi yang disesalkan oleh penggemar Barcelona adalah kenapa harus Luis Figo pindah ke Real Madrid, sebagaimana diketahui Real Madrid adalah musuh ketat Barcelona.
2. Bom Tangan
Memang menakutkan jika salah satu benda ekstrim ini berada di stadium, tapi memang benda inilah yang dilemparkan penyokong ke padang bila pertandingan Milwall dan Brentford di Den Lama kepada penjaga gol Brentfors, Brodie Chic .
Ketika itu Brodie meminta penjaga garisan untuk memeriksa benda apa yang dicampakkan untuknya itu. Setelah penjaga garisan memeriksanya dan memastikan ternyata bahawa benda itu adalah bom tangan. Pertandingan yang terjadi pada tahun 1966 itu membuatkan satu stadium heboh dan dengan cepat penjaga garisan mengarahkan kepada semua pemain untuk meninggalkan padang dengan kadar sesegera.
3. Scooter
Siapa sangka benda sebesar scooter menjadi sasaran para penyokong untuk dicampakkan ke padang? Insiden ini terjadi ketita pertandingan Inter Milan melawan Atalanta. Sebelum kick off babak pertama dimulakan penyokong Inter Milan mencuri scooter dari penyokong Atalanta dan memasukkannya ke dalam stadium dan dilempar ke padang.
4. Arnab
Binatang comel ini pun pernah masuk ke padang bola sepak ketika pertandingan antara Apoel vs Omonia Nicosia berlangsung, di Greece.
5. Bola pantai
Pelik jika di stadium bola sepak ternampak bola pantai, tapi bola pantai ini tidak menjadi objek untuk ditendang oleh para pemain, namun ini adalah tindakan peminat. Peristiwa ini terjadi ketika pertandingan Celtics vs Glasgow di Scotland.
6. Babi
Jika kepala babi pernah dilempar ke padang oleh peminat Bercelona kerana kekesalannya terhadap Luis Figo, penyokong pernah memasukkan babi ke padang di pertandingan salah satu kelab di Poland.
7. Botol whisky
Botol whisky yang habis diminum oleh penyokong ini dicampakkan ke padang begitu sahaja ketika perlawanan Atletico dan Sevilla pada tahun 2006.
8. Donat
Mungkin kita berfikir rasa sayang sekali untuk buang donat begitu sahaja ke padang bola sepak. Namun inilah yang dilakukan oleh pendukung Hajduk Split (Croatia) kepada presiden kelab mereka yang kebetulan memiliki perusahaan kuih donat.
9. Vibrator
Gila jika menyaksikan beberapa vibrator ini dicampakkan ke padang, benda sensitif ini pun menjadi sasaran oleh penyokong fanatik Argentina.
10. Bola tenis
Dengan misi ingin mencuri perhatian media, para peminat Hull City melakukan aksi nekad melempar bola tenis pada pertandingan Piala Liga di Stadium Reebox ketika menentang Bolton.
Walaupun lucu, pelik dan mengerikan tindakan melempar sesuatu ke padang adalah suatu yg tidak patut di contohi kerana dapat merugikan pasukan kesayangan kita sendiri, bila dikenakan denda maka pasukanlah yg menanggungnya bukan penyokong.
loading...
0 Response to "10 Benda Pelik Yang Dicampak Ke Dalam Padang Bola Sepak"
Post a Comment