a

ALKISAH SEORANG WANITA AHLI IBADAH TETAPI TIDAK MAHU MENUTUP AURAT

Ada seorang wanita yang dikenal taat beribadah. Selalu melakukan ibadah sunnah di sambing ibadah solat yang wajib. Hanya satu kekurangannya, Dia tidak mahu menutup auratnya (berjilbab). Setiap kali ditanya dia hanya tersenyum dan menjawab "InsyaAllah, yang penting hati dulu yang mesti baik". Walaupun sudah ramai guru dan ustaz yang bertanya mahupun menasihatinya, namun pendirian dan jawapannya tetap sama.

Hingga di suatu malam, dia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah, rumputnya menghijau, berbagai macam bunga sedang mekar tumbuh. Dia dapat merasakan segarnya udara dan wanginya bunga-bunga ditaman itu. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintasi dipinggir taman. Angin bayu yang bertiup lembut dapat dirasakan damainya.

Dia tidak bersendirian. Ada beberapa wanita disitu yang terlihat juga menikmati keindahan taman itu. Dia pun menghampiri salah seorang wanita. Wajahnya sangat bersih seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

“Assalamu'alaikum, saudariku....”

“Wa'alaikum salam. Selamat datang saudariku”

“Terima kasih. Apakah ini syurga?”

Wanita itu tersenyum. “Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga ”

“Benarkah? Tak bisa kubayangkan seperti apa indahnya surga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini. ”

Wanita itu tersenyum lagi "Amalan apa yang bisa membuatmu kemari, saudariku ?”

“Aku selalu menjaga waktu solat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah”

“Alhamdulillah..”

Tiba-tiba jauh dihujung taman dia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka. Dan dia melihat beberapa wanita yang berada di taman mulai memasukinya satu-persatu.

“Mari kita ikuti mereka” kata wanita itu berlari-lari anak.

“Apa di balik pintu itu?” Katanya sambil mengikuti wanita itu

“Tentu saja syurga saudariku” larinya semakin cepat

“Tunggu.. tunggu aku..”

Dia berlari namun tetap tertinggal. Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum kepadanya. Dia tetap tidak mampu mengejarnya meski dia sudah berlari. Dia lalu berteriak

“Amalan apa yang telah kau lakukan hingga engkau begitu ringan?”

“Sama dengan engkau saudariku.” jawab wanita itu sambil tersenyum

Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu.

“Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?”

Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata

“Apakah kau tidak memperhatikan dirimu, apa yang berbeza dengan diriku?”

Dia sudah kehabisan nafas, tidak mampu lagi menjawab.

“Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke Syurga-NYa tanpa mengikuti perintah-NYA agar kamu menutup auratmu?”

Wanita itu berkata lagi,

"Sayang sungguh amalanmu yang banyak terhalang oleh kerana hanya kamu mengingkari 1 perintah-NYA. Kini cukuplah Syurga hanya sampai pada hatimu karena katamu dulu sudah memadai menjaga dan menghijabi hati.”

Dia amat kesal dan terpegun..lalu terbangun dari tidurnya..

Rupanya dia bermimpi... dia beristighfar lalu mengambil air wudhu.

Dia tunaikan solat malam. Menangis dan menyesali kata-katanya dahulu.. Dia memohon ampun dan bertaubat kerana selama ini telah mendedahkan auratnya walaupun rajin beribadah.  Sejak saat itu dia telah menutup auratnya.

Melalui mimpinya itu dia amat menyedari akan kesilapan kata-katanya bahawa asalkan beramal ibadah dan menjaga hati, sudah cukup... sedangkan tidak mahu menutup aurat juga merupakan salah satu perintah Allah.


Hanya cerita untuk difikirkan tentang kewajipan menutup aurat...

SUMBER - facebook

-

~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~ 
-


loading...

0 Response to "ALKISAH SEORANG WANITA AHLI IBADAH TETAPI TIDAK MAHU MENUTUP AURAT"

Post a Comment