a

SUDAHKAH KITA MENDOAKAN KEDUA IBUBAPA KITA?


Sejauh mana kita telah berbakti dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai anak kepada kedua ibu bapa kita?  Samada kita duduk bersama mereka atau berjauhan dengan mereka, kita tetap bertanggungjawab untuk berbakti kepada keduanya.


Dan tahukah anda bahawa mendoakan kedua ibu bapa juga menjadi satu tugas kita sebagai anak untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya.  Namun dunia hari ini, ramai anak yang tidak atau jarang mendoakan kedua ibu bapanya.   


Besarnya pahala seorang anak apabila dia sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagian kedua ibu bapanya. Apa lagi jika sanggup bersusah payah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang ketika mereka sangat memerlukan, seperti dimasa mereka sakit atau apatah lagi ketika hari tua mereka. Sedangkan jika kita terpaksa duduk berjauhan, kita datang berjumpa dan melihat ibubapa kita pun, Allah sudah berikan kita pahala.


Seperti yang dinyatakan dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Sebenarnya besar mana pun kebaikan dan kebajikan yang kita buat untuk ibubapa kita tidak akan terbalas pengorbanan mereka terhadap kita.

Huraian hadith:


Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)


Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibubapa (walaupun ada ibubapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

Ingatlah bahawa keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah


Di samping di atas kita kenalah juga pastikan kita sentiasa menunaikan perintah-perintah Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan serta menjadi anak yang soleh atau solehah yang di redhai Allah S.W.T.

KLIK LINK ini untuk panduan DOA KEPADA KEDUA IBUBAPA

Wallahua'lam.


-



~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~ 
-
loading...

0 Response to "SUDAHKAH KITA MENDOAKAN KEDUA IBUBAPA KITA?"

Post a Comment