a

KISAH BOB LOKMAN DAN WARUNG SARAPAN PAGINYA

Setelah dimaklumkan bahawa dari segi hukum, dia masih boleh berlakon atau seumpamanya dengan menjaga batas-batas syari'at untuk mencari rezeki, namun Abang Bob Lokman tetap masih mahu meninggalkan dunia lakonan itu. 

Dia amat bimbang, kalau-kalau tidak dapat menjaga hubungannya dengan Allah, abang Bob Lokman, sanggup meninggalkan dunia lakonan dan lain-lain yang bersangkutan ; yang menjadi sumber pendapatannya yang mewah selama ini.
Warong 'Menu Selera Kelantan' Abang Bob Lokman

Abang Bob Lokman kini, gigih mengusahakan Warong Sarapan Pagi dengan 'Menu Selera Kelantan'.  Lokasi warongnya di Kuang, Selangor yang mula dibuka seawal 6:30 pagi hinggalah ke jam lebih kurang 11 pagi bagi menghidangkan dan melayani para pelanggan yang mengujungi Warongnya Menu istimewanya itu. DI BUKA SETIAP HARI, KECUALI JUMAAT.

Masakannya, tidak usahlah diragui. Kita dijanjikan rasa enak dan kepuasan, apabila menikmati hidangan yang disediakannya itu.

Warongnya, di tepi jalan sahaja. Jika dari simpang 3 Sungai Plong (dekat Balai Polis), ia berada di sebelah kanan, selepas mengambil beberapa kilometer. Jika dari simpang 4 Kuang, ia berada di sebelah kiri, juga selepas beberapa kilometer. Warong abang Bob menyewa di warong cendol; "ILIN CENDOL HOUSE".

Sebarang pertanyaan, sila hubungi abang Bob sendiri di talian; 0192825555.

Semua dijemput, memberikan sokongan kepada abang Bob Lokman di dalam usahanya mencari rezqi yang halal bagi menyara anak-anaknya yang sebahagian besar, masih kecil lagi.

Semoga Allah memberkati anda semua...

[Mohon share untuk bantu abang Bob Lokman]

dari Wall FB sahabat Abang Bob Lokman - Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz - KLIK




 

loading...

0 Response to "KISAH BOB LOKMAN DAN WARUNG SARAPAN PAGINYA"

Post a Comment